My Add

Monday 10 December 2012

70 peratus daftar sijil halal peniaga bukan Islam

KUALA LUMPUR, ISNIN, 10 Disember, 201: Kira-kira 70 peratus daripada jumlah pendaftaran sijil halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) terdiri daripada golongan peniaga bukan Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, perkara itu menunjukkan peniaga bukan Islam lebih peka terhadap peraturan perniagaan yang dikeluarkan pihak berkuasa.

Tambah beliau, bagi peniaga Islam pula faktor utama mengapa ramai tidak mendapatkan sijil halal itu kerana tidak menyedari kepentingannya terhadap keyakinan pelanggan dan perkembangan perniagaan mereka.

“Peniaga Muslim berpendapat mereka tidak perlu mendaftar sijil halal kerana tahu tentang etika halal dalam makanan dan produk yang disediakan.

“Tanggapan sebegini perlu diubah kerana boleh menyebabkan pelanggan Islam was-was untuk mengunjungi premis perniagaan mereka," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Penguatkuasaan Undang-Undang Berkaitan Halal di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment