My Add

Friday 14 December 2012

8,000 rumah PR1MA siap 2016

NUSAJAYA, KHAMIS, 13 Disember, 2012: Sebanyak 8,000 unit rumah di bawah projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dibina secara berperingkat bermula tahun depan di seluruh negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Unit PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias berkata, bagi peringkat pertama, sebanyak 201 unit rumah berkenaan dibina di kawasan seluas 166.4 hektar dengan ukuran 1,384 kaki persegi setiap sebuah di Nusantara Prima di sini dan dijangka siap sepenuhnya pada 2016.

Beliau berkata, kediaman teres dua tingkat dengan empat bilik berukuran 18 x 65 kaki itu ditawar dengan harga RM199,000 dan akan dibina oleh pemaju swasta, Denia Development Sdn. Bhd., dengan kerjasama UEM Land Holdings Berhad.

“Rumah mampu milik ini menyasarkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah ekoran harga yang ditawarkan adalah 20 peratus lebih murah berbanding harga pasaran. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment