My Add

Tuesday 4 December 2012

800,000 daripada 1 juta netbook 1Malaysia sudah diagih

KUALA LUMPUR, SELASA, 04 Disember, 2012: Sebanyak 800,000 daripada satu juta unit komputer riba 1Malaysia (netbook 1Malaysia) sudah diagihkan di seluruh negara sehingga 9 November lalu.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk, Joseph Salang berkata daripada jumlah itu, 65 peratus diagihkan kepada pelajar dan selebihnya kepada anggota komuniti yang layak.

Katanya, setiap unit netbook 1Malaysia yang dibekalkan juga mempunyai tempoh jaminan selama setahun.

"Sekiranya penerima menghadapi sebarang masalah kerosakan perkakasan atau perisian, penerima boleh terus menghantar netbook 1Malaysia tersebut ke pusat servis berdekatan tanpa kos pembaikan sepanjang tempoh jaminan masih sah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Pau Chiong Ung mengenai jumlah netbook 1Malaysia yang diagihkan.

Salang berkata, berdasarkan penerimaan hebat rakyat terhadap netbook 1Malaysia peruntukannya telah ditambah kepada 1.5 juta unit lagi dan akan diagihkan secara berperingkat bermula penghujung tahun ini.- BERNAMA

No comments:

Post a Comment