My Add

Monday 10 December 2012

800,000 komputer riba 1Malaysia telah diagih

PUTRAJAYA, ISNIN, 10 Disember, 2012: Sejumlah 800,000 unit komputer riba 1Malaysia telah diagih di seluruh negara sehingga November lalu, yang merupakan sebahagian usaha kerajaan untuk mempertingkat langganan perkhidmatan jalur lebar di kawasan luar bandar.

Ketua Setiausaha Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Seri Kamaruddin Siaraf berkata, selain itu, terdapat 1,408 Kampung Tanpa Wayar dan 251 Pusat Jalur Lebar Komuniti (CBC) dibangunkan sehingga akhir tahun lalu.

"Sehingga September lalu, terdapat 1,700 lokasi baharu telah dibangunkan yang merangkumi CBC dan Rural Wireless Tower," katanya semasa merasmikan Hari Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) KPKK Bersama Jabatan dan Agensi 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.

Melalui Projek Permulaan (EPP) 8 - Extending Reach Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) di bawah Kandungan, Komunikasi dan Infrastuktur (CCI), kerajaan berusaha meningkatkan langganan jalur lebar di kawasan luar bandar sehingga 90 peratus isi rumah menjelang tahun 2020.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment