My Add

Saturday 22 December 2012

83 maut akibat cuaca sejuk melampau di Ukraine

KIEV, SABTU, 22 Disember, 2012: Sekurang-kurangnya 83 kematian dicatatkan setakat semalam ekoran cuaca sejuk melampau di negara ini, lapor Kementerian Kesihatan Ukraine.

Jurucakap Kementerian Kesihatan, Vladimir Yurchenko berkata, pada Selasa lalu sahaja, seramai 46 orang maut akibat cuaca sejuk melampau.

Kebanyakan mangsa mati di kawasan terbuka, manakala 15 lagi terbunuh di rumah masing-masing, katanya.

Suhu di Ukraine setakat semalam mencatatkan paras negatif 20 darjah Celsius. - DPA

No comments:

Post a Comment