My Add

Sunday 16 December 2012

Abdul Ghapur minta saman had laju tidak dikeluar sesuka hati

TAWAU, AHAD, 16 Disember, 2012: Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh meminta pihak polis tidak mengeluarkan saman had laju sesuka hati kepada pengguna jalan raya di daerah ini terutama di jalan raya yang tidak mempunyai papan tanda had laju.

Katanya, beliau bukan menentang tindakan polis menguatkuasakan undang-undang tetapi tindakan perlu dilaksanakan secara adil dan tidak menyusahkan rakyat sehingga timbul tanggapan seolah-olah kerajaan cuba mencari keuntungan daripada rakyat khususnya penguna jalan raya.

"Selain menerima aduan, saya sendiri nampak ada anggota polis yang bersembunyi di bawah pokok untuk menyaman pengguna atas kesalahan had laju, contohnya di kawasan Jalan Apas dan Jalan Kuhara.

"Tapi persoalannya, macam mana pengguna mahu tahu had laju yang ditetapkan
sedangkan papan tanda had laju tidak pula tersedia di kawasan berkenaan. Ini
seakan-akan menganiaya pengguna jalan raya," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Abdul Ghapur, ramai pengguna yang dikenakan saman dengan kadar yang tinggi berasa kecewa, marah dan keliru lebih-lebih lagi apabila mereka tiba-tiba saja menerima surat saman. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment