My Add

Tuesday 18 December 2012

Ada jawatan bukan jaminan dipilih jadi calon
KOTA BHARU 17 Dis. - Jawatan dalam parti termasuk Ketua UMNO Bahagian bukan tiket untuk menjadi calon, sebaliknya orang lain yang dilihat mempunyai pengaruh dan boleh menang, akan diberikan keutamaan.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, UMNO negeri tidak akan berkompromi dalam soal calon tersebut bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, senarai nama calon BN negeri telah diserahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk diteliti dan yakin maklum balas akan diterima tidak lama lagi.

"Dalam konsep calon boleh menang, tidak kiralah orang biasa atau pun besar, yang penting kita tidak berasaskan jawatan kerana kita mahu yang mampu menang pilihan raya sahaja. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment