My Add

Thursday 6 December 2012

Ada mekanisme lain jika Pulau Pinang tolak AES

BUTTERWORTH, KHAMIS, 06 Disember, 2012; Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempunyai mekanisme lain untuk melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Pulau Pinang jika kerajaan negeri terus menolak pemasangan kamera terbabit.

Pengarah JPJ Pulau Pinang, Datuk Hassan Yaccob berkata, bagaimanapun JPJ akan terlebih dahulu memberi penjelasan mengenai AES kepada kerajaan negeri.

"Ketua Pengarah JPJ Datuk Solah Mat Hassan dijangka memberi penerangan berkenaan dan kita sedang menunggu bila kerajaan negeri akan panggil.

"Jika selepas penerangan dan perbincangan kerajaan negeri tetap menolak pelaksanaan berkenaan, kita akan guna mekanisme lain dan perkara itu akan di umum Datuk Solah," katanya kepada pemberita selepas taklimat AES, di sini hari ini.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan Ketua Menteri Lim Guan Eng tidak mahu kamera AES dipasang di negeri itu dan akan menanggalkannya jika peralatan berkenaan dipasang.

Sementara itu, Hassan berkata JPJ mengenal pasti 57 lokasi berisiko kemalangan di Pulau Pinang bagi tujuan pemasangan kamera AES dan kebanyakan lokasi membabitkan kemalangan maut.

Daripada jumlah itu, 39 kamera akan dipasang di jalan utama sekitar negeri bagi mengesan kesalahan membabitkan had laju, manakala 18 lagi akan dipasang di persimpangan lampu isyarat, katanya.

"Antara jalan-jalan yang terlibat ialah Tun Sardon, Jalan Baru Perai, Jambatan Pulau Pinang, Jalan Tanjung Bungah, Bagan Ajam, Permatang Pauh, Jalan Masjid Negeri dan Jalan Penang," katanya.

Setakat ini kamera AES belum dipasang di negeri ini, kata Hassan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment