My Add

Tuesday 4 December 2012

Aduan meningkat selepas Akta Perlindungan Pemberi Maklumat dikuat kuasa

KUALA LUMPUR, ISNIN, 03 Disember, 2012:: Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang berkuat kuasa pada tahun 2010 mendapat reaksi positif masyarakat apabila aduan yang diterima agensi penguat kuasa meningkat mendadak daripada 1,960 pada 2011 kepada 11,841 pada 2012.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, akta itu dikhususkan bagi melindungi keselamatan pemberi maklumat yang melaporkan kesalahan seperti berkelakuan tidak wajar, tatatertib atau jenayah di sektor awam dan swasta.

"Sebanyak 93 pemberi maklumat diberi perlindungan yang kebanyakan aduan diterima daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu 7,537 aduan pada tahun ini," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Jaspal Singh pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Liew berkata, individu yang didapati membocorkan maklumat pemberi maklumat boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara minimun 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

Beliau berkata, setiap aduan yang diterima akan segera disiasat dan jangka masa siasatan bergantung kepada kerumitan kes, bukti dan keterangan saksi.

Mengenai kesesuaian laman sosial dan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk membuat aduan, Liew berkata ia boleh dilakukan sekiranya maklumat lengkap pengadu diperoleh agensi penguat kuasa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment