My Add

Monday 10 December 2012

AES tetap diteruskan - Solah

Oleh Radhuan Hussai

 KUALA TERENGGANU, AHAD, 09 Disember, 2012: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menegaskan pemasangan 831 Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di seluruh negara akan tetap diteruskan demi keselamatan pengguna jalan raya.

Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, walaupun usaha itu ditentang sesetengah pihak termasuk dijadikan isu politik, JPJ kekal dengan keputusan untuk melaksanakan sistem tersebut yang turut digunakan di negara maju.

“Rancangan pelaksanaan AES tidak akan ditangguh dan akan diteruskan kerana ia adalah satu usaha murni dan bukan untuk menghukum pengguna jalan raya," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas sesi taklimat mengenai AES oleh Pengarah Penguatkuasa JPJ, Jaafar Mohamad kepada ketua-ketua jabatan serta wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Ibu pejabat JPJ negeri, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment