My Add

Saturday 15 December 2012

Ahli perniagaan didakwa tipu lelaki RM135,000

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 14 Disember, 2012: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini terhadap pertuduhan menipu seorang lelaki membabitkan hutang berjumlah RM135,000, tujuh bulan lalu.

M Gopinathan, 36, didakwa menipu Iqbal Feiruz Khan Mohamed Rafik dengan memberikan sekeping cek tendang Bank HSBC bernilai RM135,000 untuk melunaskan bayaran hutang kepada mangsa.

Bapa kepada tiga anak itu didakwa melakukan perbuatan itu di Royal Selangor Club Bukit Kiara, Jalan Bukit Kiara, di sini, pada jam 11 pagi, 9 Mei lalu.

Gopinathan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Rozana Husin menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh.

Peguam tertuduh S S Devanandan memohon jaminan dikurangkan atas alasan anak guamnya mempunyai lima tanggungan termasuk kedua-dua ibu bapanya.

Hakim Datuk Rozana Ali Yusoff membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Januari depan untuk pengurusan kes. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment