My Add

Thursday 20 December 2012

Akhbar perlu sedia ruang pemikir kepada masyarakat

KUALA LUMPUR, RABU, 19 Disember, 2012: Peranan akhbar pada masa sekarang dan hadapan adalah sebagai platform kepada penyaluran pemikiran daripada dan kepada masyarakat.

Pensyarah di Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Petronas (UTP), Prof. Dr. Ahmad Murad Merican berkata, akhbar sepatutnya menjadi pembekal maklumat bagi membawa masyarakat ke peringkat lebih tinggi.

''Penyediaan tersebut boleh dilakukan dengan memberikan takrif kepada beberapa genre penulisan seperti berita yang memberikan fokus kepada fakta, rencana bagi menarik minat masyarakat dan ruangan pendapat pembaca.

''Melalui ruangan pendapat atau kolum yang progresif boleh menggalakkan kritikan dan pendapat membina, sekali gus membantu masyarakat keseluruhannya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi seorang daripada panel forum bertajuk 'Utusan: Kewartawanan Dahulu dan Kini' yang diadakan di Dewan Datuk Hassan Ahmad, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini.

Utusan Malaysia bukan surat khabar rasis

KUALA LUMPUR: Utusan Malaysia tidak patut digelar akhbar perkauman atau rasis memandangkan haknya sama seperti akhbar-akhbar lain di Malaysia dalam memperjuangkan wadah dan objektifnya.

Pensyarah di Jabatan Pengurusan dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Petronas (UTP), Prof. Dr. Ahmad Murad Merican berkata, sejak diterbitkan 73 tahun lalu, Utusan Melayu dan sekarang Utusan Malaysia mempunyai pengaruh dan mencorakkan wadah penting kepada kerajaan mahupun Perlembagaan negara.

''Akhbar itu menjadi suara orang Melayu dan instrumen dalam memperjuangkan hak ketika kebangkitan nasionalisme dan intelektualisme Melayu pada awal penubuhannya.

''Hak Utusan Malaysia sama seperti akhbar lain mempunyai cara, pembaca dan perjuangan mereka sendiri dan tidak salah sekiranya mereka cenderung kepada mana-mana pihak. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment