My Add

Thursday 13 December 2012

AKPK bantu lebih 83,000 pemiutang

Oleh MAISARAH SHEIKH RAHIM

 *KOID Swee Lian (depan, tiga dari kiri) dan Nik Hassan Nik Mohd. Amin (depan,
 empat dari kiri) pada majlis pelancaran Komik Pengurusan Wang AKPK dalam
 empat bahasa di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR, RABU, 12 Disember, 2012: Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berjaya membantu sebanyak 83,331 pemiutang di seluruh negara daripada diisytiharkan muflis melalui program pengurusan kredit yang dilaksanakan sejak 2006 sehingga 31 Oktober lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Koid Swee Lian berkata, jumlah itu merupakan sebahagian daripada 202,342 pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan kaunseling agensi tersebut kerana dibebani pelbagai hutang.

Menurut beliau, hutang itu antaranya disebabkan perbelanjaan perubatan tinggi dan perancangan kewangan lemah selain kegagalan menjalankan perniagaan dan penggunaan kad kredit tidak terkawal. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment