My Add

Wednesday 12 December 2012

Akta Perlindungan Data Peribadi akan berkuatkuasa 1 Januari

KUALA LUMPUR, RABU, 12 Disember, 201: Akta Perlindungan Data Peribadi yang bertujuan mencegah penyalahgunaan data peribadi orang awam untuk tujuan komersial, akan berkuatkuasa 1 Januari.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang berkata, akta itu yang diluluskan Parlimen pada 2010, akan memainkan peranan penting dalam melindungi kepentingan individu dan menjadikannya satu kesalahan bagi entiti korporat atau individu untuk menjual maklumat peribadi atau membenarkan penggunaan data oleh pihak ketiga.

Banyak pihak, katanya, merasakan penguatkuasaan akta itu adalah tepat pada masanya memandangkan akan memudahkan pemindahan dan penghantaran maklumat peribadi serta maklumat yang amat penting dengan lancar.

"Ia memberikan orang ramai lebih banyak kawalan terhadap data peribadi mereka. Apabila persetujuan diperlukan untuk pemprosesan data, ia diberi dengan jelas dan bukannya secara tersirat atau rekaan," katanya dalam ucaptama pada Sidang Kemuncak Tahunan Kedua Perlindungan Data Peribadi di sini hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment