My Add

Wednesday 5 December 2012

Al-Qaeda beri amaran kepada Perancis, negara Afrika

ALGIERS, RABU, 05 Disember, 2012: Rangkaian al-Qaeda di Algeria hari ini memberi amaran kepada Perancis dan pemimpin negara Afrika agar jangan campur tangan dalam 'dasar peperangan' yang dirangka Paris untuk menguasai semula utara Mali daripada pejuang Islam.

"Presiden Perancis, Francois “Hollande dan beberapa pemimin Afrika, sekiranya kamu mahu keamanan dan keselamatan di negara anda, kami bersedia untuk itu.

"Andai anda mahukan peperangan, Sahara adalah tempat pengebumian yang besar untuk askar kamu dan menerima kemusnahan akibat kepentingan kamu," kata Ketua al-Qaeda Algeria (AQIM), Abu Musab Abdul Wadud, dalam klip video yang dimuat naik dalam laman web rangkaian itu hari ini.

Video bertajuk: “The Mali Invasion: A Frency Proxy War,” kumpulan radikal Islam Algeria yang juga dikenali sebagai Abdelmalek Droukdel, menuduh Perancis sengaja memecah belahkan Mali untuk mengaut kekayaan negara itu.

“Harga keputusan Hollande dibayar dengan nilai yang amat tinggi. Warga Perancis yang bijaksana perlu menyingkirkan presiden itu jika mereka mahu melindungan kepentingan di tanah air mereka," kata Droukdel.

Pemberontak Tuareg dan kumpulan bersenjata Islam yang sebahagiannya rangkaian al-Qaeda, kini menguasai sebahagian besar wilayah utara Mali, yang dianggap antara wilayah paling stabil selepas rampasan kuasa, Mac lalu.

Perancis yang pernah menjajah Mali dikatakan memainkan peranan yang besar untuk mengenakan tekanan terhadap negara barat Afrika agar tentera campur tangan dalam usaha menguasai bahagian utara benua itu. - AFP

No comments:

Post a Comment