My Add

Monday 24 December 2012

Amanat perlu ditarik balik

PONTIAN, AHAD, 23 Disember, 2012: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu menarik semula amanat mengkafirkan UMNO yang dikeluarkannya kira-kira 31 tahun dahulu demi perpaduan orang Melayu dan kesejahteraan umat Islam di negara ini.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, keengganan Abdul Hadi menarik semula kenyataan yang dibuat itu membuktikan beliau lebih mementingkan diri sendiri.

“Amanat tersebut menyebabkan ahli Pas enggan bersama ahli UMNO dalam pelbagai perkara termasuk isu sembelihan haiwan korban, solat dua imam, solat Jumaat berasingan dan pengurusan jenazah.

“Yang sudah-sudahlah, kita buka lembaran baharu daripada terus menimbulkan perbalahan yang tidak membawa sebarang keuntungan yang menyebabkan suami isteri bercerai, anak dan ayah bermusuh, penduduk kampung berpecah dan sebagainya," kata beliau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment