My Add

Friday 14 December 2012

Amaran SMS mantapkan AES

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 13 Disember, 2012: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dijangka menimbangkan pelbagai cadangan bagi memantapkan lagi keberkesanan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kepada pengguna jalan raya, termasuk amaran dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS).

Menurut Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan, Nadzri Othman, pihaknya sudah menerima pelbagai cadangan relevan yang akan dibawa kepada pengetahuan pemimpin atasan.

"Banyak cadangan yang kami terima daripada pelbagai pihak termasuk daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mencadangkan agar amaran dalam bentuk SMS dilaksanakan.

"Perkara ini bermaksud pemilik kenderaan perlu sertakan nombor telefon ketika mendaftar kenderaan, sekali gus memudahkan tindakan diambil termasuk menyelesaikan pelbagai jenis jenayah lain," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment