My Add

Monday 10 December 2012

'Ambil perhatian titah sultan'

KUALA LUMPUR, AHAD, 09 Disember, 2012: Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor diminta meneliti dan mengambil perhatian terhadap titah yang dizahirkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi memastikan negeri itu sentiasa berada dalam keadaan aman dan sejahtera.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, sudah sampai masanya Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan barisan Exconya meletakkan semula peranan Sultan sebagai bahan rujukan tertinggi terutamanya melibatkan kepentingan agama Islam serta orang Melayu.

"Sultan adalah penjaga kepentingan agama Islam dan bumiputera. Kalau tiada apa-apa, masakan Sultan hendak menasihatkan tentang sesuatu perkara secara terbuka.

"Apabila ada teguran yang dizahirkan, kemungkinan terdapat kelemahan dalam beberapa perkara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment