My Add

Friday 21 December 2012

Anak dan ibu terlibat pecah rumah ditahan

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 21 Disember, 2012 Polis menahan seorang lelaki warga Myanmar dan ibunya yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes pecah rumah di sekitar kawasan Ampang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supt Nazri Nawawi berkata kedua-dua beranak itu yang berusia lingkungan 20 dan 40-an ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Lembah Maju, Ampang pada 12.20 tengah hari Isnin lepas.

Beliau berkata dalam serbuan itu polis merampas barangan bernilai RM50,000 yang disyaki daripada kegiatan pecah rumah termasuk 11 telefon bimbit, 13 jam tangan, sebuah iPod, 20 rantai leher dan gelang tangan serta beberapa pendrive dan broadband.

"Siasatan mendapati lelaki warga asing yang menganggur itu, mempunyai beberapa rekod jenayah lampau antaranya melibatkan kes ragut dan pecah rumah di sekitar kawasan Dang Wangi dan Klang," katanya kepada pemberita di sini.

Nazri berkata saringan awal air kencing ke atas kedua-dua suspek mendapati, lelaki itu positif dadah methamphetamine manakala ibunya negatif. Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment