My Add

Thursday 13 December 2012

Angkasa mahu Orang Asli tubuh koperasi sebagai jaminan masa depan

 *MOHD. Ali Baharum (tiga dari kiri) menyerahkan zakat lembu kepada salah
seorang penduduk Orang Asli, Sahak Samad semasa majlis pengagihan zakat
Angkasa di Kampung Kapah, Hulu Terengganu, Terengganu, semalam. -UTUSAN/Shaifudin
Mohd. Nor

HULU TERENGGANU, RABU, 12 Disember, 2012: Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Bhd. (Angkasa) menggalakkan masyarakat Orang Asli supaya menubuhkan koperasi atau melibatkan diri dalam mana-mana koperasi sedia ada di negara ini.

Presidennya, Prof. Datuk Dr. Mohd. Ali Baharum berkata, ketika ini tidak ramai Orang Asli berminat menyertai koperasi walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) ke arah itu.

"Masyarakat Orang Asli juga merupakan satu komuniti yang besar. Jadi, kita galakkan mereka melibatkan diri dalam koperasi sebagai salah satu bentuk jaminan masa depan mereka," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment