My Add

Monday 10 December 2012

Anwar minta 'nyawa politik'

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
 KUALA LUMPUR, AHAD, 09 Disember, 2012: Ancaman pluralisme dan liberalisme yang menyerang masyarakat negara ini berpunca daripada keterbukaan pembangkang yang giat meminta sokongan serta campur tangan asing dalam mengubah struktur negara.

Naib Presiden Pertubuhan pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Zulkifli Noordin berkata, ini terbukti apabila pihak pembangkang membawa masuk elemen kuasa asing dalam bentuk pemikiran tokoh tertentu serta perjuangan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) luar.

"Serangan terhadap akidah umat Islam di negara ini dilapik dengan perjuangan hak asasi dan kemanusiaan kononnya, sedangkan yang nak rosakkan Islam itu ialah nilai liberalisme dan pluralisme.

"Kalau tidak bendung sekarang, dalam tempoh terdekat ia akan merosakkan orang Melayu dan tunjang agama Islam dan ancaman terhadap Islam dari pembangkang ini memang nyata, kita dah tengok bukti kemasukan NGO asing dan tokoh asing yang jelas," katanya.m m- UTUSAN

No comments:

Post a Comment