My Add

Thursday 20 December 2012

Ariffin 'sogok' DAP - Idris Haron

KUALA LUMPUR, RABU, 19 Disember, 2012: Dakwaan Naib Pengerusi baharu DAP, Dr. Ariffin S.M. Omar bahawa monopoli kaum Melayu sebagai punca rasuah berleluasa dalam perkhidmatan awam disifatkan cubaan meraih sokongan DAP untuk dipilih sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Ir. Idris Haron berkata, kenyataan berbaur rasis oleh Ariffin itu merupakan tindakan tidak berasas serta berprasangka buruk terhadap perkhidmatan awam.

Ujarnya, tindakan Ariffin itu boleh mengundang persepsi negatif pelbagai pihak yang boleh membawa kepada kemusnahan hubungan baik antara kaum di negara ini.

"Tanggapan terhadap sesetengah kaum atau pihak sebagai pemberi atau punca rasuah dalam satu organisasi merupakan satu tuduhan liar yang bertujuan mendapatkan kepercayaan pucuk pimpinan DAP. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment