My Add

Thursday 6 December 2012

AS gugurkan dua peluru berpandu di barat laut Pakistan, 3 terbunuh

MIRANSHAH, KHAMIS, 06 Disember, 2012: Pesawat tentera Amerika Syarikat melepaskan dua peluru berpandu di barat laut Pakistan awal pagi tadi, membunuh sekurang-kurangnya tiga militan, kata pegawai keselamatan tempatan.

Peluru berpandu gugur di sebuah rumah di Kampung Shahi Mubarak, Mir Ali, kira-kira 20 kilometer timur Miranshah, bandar utama di utara Waziristan, iaitu kubu kuat Taliban dan jaringan Al-Qaeda.

"Militan menggunakan rumah berkenaan sebagai pusat gerakan," kata seorang pegawai keselamatan yang berpangkalan di bandar barat laut Peshawar. - AFP

No comments:

Post a Comment