My Add

Friday 21 December 2012

Asean, India dijangka meterai perjanjian perkhidmatan dan pelaburan  

NEW DELHI, KHAMIS, 20 Diseember, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata Asean dan India bersetuju menandatangani Perjanjian Perdagangan Bebas Perkhidmatan dan Pelaburan pada Ogos tahun depan.

"Perdana Menteri India Dr Manmohan Singh telah melahirkan rasa puas hati bahawa Asean dan India telah bersetuju untuk menandatangani Perjanjian Perkhidmatan dan Pelaburan pada Ogos tahun hadapan," katanya.

Najib berkata, dengan langkah liberalisasi beberapa subsektor, maka sudah tentu syarikat-syarikat Malaysia boleh mengambil kesempatan itu untuk menambahkan lagi penglibatan mereka dalam sektor-sektor seperti penjagaan kesihatan, pelancongan, pengangkutan, komunikasi, pembinaan dan sebagainya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dua hala bersama Perdana Menteri India, Dr Manmohan Singh, di sini hari ini.

Perdana Menteri berada di New Delhi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan Asean-India selama dua hari yang bermula hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment