My Add

Friday 14 December 2012

AUG 2012: Malaysia raih empat emas hari pertama

VIENTIANE, KHAMIS, 13 Disember, 2012: Kontinjen negara meraih empat pingat emas, satu perak dan enam gangsa pada temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG 2012) yang membuka tirainya hari ini.

Skuad karate menyumbang tiga emas menerusi Chun Jin Wee bagi acara Kata individu wanita; trio negara, Kam Kah Sam, Lim Chee Wei dan Wong Keng Yinn bagi kategori berpasukan Kata lelaki dan L.Kunasilan dalam acara Kumite kategori 55kg.

Tiga pingat gangsa diraih oleh Lim Chee Wei dalam kategori Kata individu lelaki, Arni Nurfatin Arpa, (Kumite 68kg) dan Nur Eleena Anis Abdul Malek (Kumite 50kg).

Di kolam renang, atlet Olimpik negara, Lee Mun Yee menyumbang satu pingat emas dalam acara terjun 1m papan anjal individu wanita dengan mengatasi rakan sepasukannya Cheong Jun Hoong yang memperoleh pingat perak.

Skuad taekwondo meraih tiga pingat gangsa menerusi acara Poomsae bercampuran, Poomsae berpasukan lelaki, dan Poomsae individu wanita di Gimnasium Booyong, Universiti Nasional Laos.

Prospek pingat emas pada hari kedua esok adalah dua dari acara terjun iaitu 10m platform individu wanita, 1m papan anjal individu lelaki dan karate bagi acara kumite.

Jin Wee rangkul emas pertama negara


Sambil itu, atlet bukan pilihan Chun Jin Wee melakar kejutan dalam acara karate apabila meraih pingat emas pertama negara pada temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG 2012) di Gimnasium Chao Anouvong di sini.

Atlet wanita dari Segamat, Johor itu berjaya mencuri tumpuan para juri dalam acara Kata individu selepas mempamerkan persembahan cemerlang untuk mengatasi pencabarnya Hoai Phuoc Pham dari Vietnam 4-1 dalam acara karate yang membuka tirainya hari ini.

Pingat gangsa disandang oleh atlet tuan rumah, Laos, Salichanh Thaviphone dan Mookkhaphan Napat dari Thailand.

Sementara itu, trio karate negara turut menyumbang satu pingat emas dalam acara Kata berpasukan lelaki menerusi Kam Kah Sam, Lim Chee Wei dan Wong Keng Yinn selepas mengalahkan Vietnam (Thach Van Thanh, Vu Duc Huy dan Nguyen Manh Hai), 3-2.

Pingat gangsa menjadi milik tuan rumah menerusi Khampanya Xayyavong, Homesombat Vilavong, Aekhaphong Vongidthiphon dan Indonesia (Aspar Sesasria, Septian Prima, Ramah Putra).

Jin Wee rangkul emas pertama negara

Sementara itu, Atlet bukan pilihan Chun Jin Wee melakar kejutan dalam acara karate apabila meraih pingat emas pertama negara pada temasya Sukan Universiti ASEAN (AUG 2012) di Gimnasium Chao Anouvong di sini.

Atlet wanita dari Segamat, Johor itu berjaya mencuri tumpuan para juri dalam acara Kata individu selepas mempamerkan persembahan cemerlang untuk mengatasi pencabarnya Hoai Phuoc Pham dari Vietnam 4-1 dalam acara karate yang membuka tirainya hari ini.

Pingat gangsa disandang oleh atlet tuan rumah, Laos, Salichanh Thaviphone dan Mookkhaphan Napat dari Thailand.

Sementara itu, trio karate negara turut menyumbang satu pingat emas dalam acara Kata berpasukan lelaki menerusi Kam Kah Sam, Lim Chee Wei dan Wong Keng Yinn selepas mengalahkan Vietnam (Thach Van Thanh, Vu Duc Huy dan Nguyen Manh Hai), 3-2.

Pingat gangsa menjadi milik tuan rumah menerusi Khampanya Xayyavong, Homesombat Vilavong, Aekhaphong Vongidthiphon dan Indonesia (Aspar Sesasria, Septian Prima, Ramah Putra). - UTUSAN

No comments:

Post a Comment