My Add

Saturday 22 December 2012

Azman Ujang dicabar buktikan Perkasa pernah hina agama Kristian

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 21 Disember, 2012: Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencabar bekas Ketua Pengarang Bernama, Datuk Seri Azman Ujang membuktikan Perkasa pernah menghina agama Kristian.

Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali berkata, Perkasa menyanggah dakwaan akhbar Utusan Malaysia sering menyiarkan kenyataan Perkasa menghina agama itu sehingga mengguris hati penganutnya.

"Sejak Perkasa wujud, tiada kenyataan menghina agama lain dikeluarkan melainkan mengkritik pemimpin pembangkang beragama Kristian yang mempersoalkan keistimewaan yang dimiliki agama Islam.

"Kami mempertahankan agama Islam kerana sudah jelas tercatat dalam Perlembagaan Islam merupakan agama Persekutuan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, beliau juga mempersoalkan tindakan Azman tidak mengkritik Malaysiakini dan Malaysian Insider yang sering menyiarkan artikel yang mengguris hati umat Islam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment