My Add

Tuesday 18 December 2012

Bajet 2013 Negeri Perak tumpu kesejahteraan rakyat

IPOH, ISNIN, 17 Disember, 2012: Bajet 2013 Negeri Perak yang dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir hari ini memfokuskan pada kesejahteraan rakyat apabila sebahagian besar daripada perbelanjaan pembangunan yang berjumlah RM322.2 juta diperuntukkan bagi tujuan itu.

Menurutnya, bajet itu mencerminkan keprihatinan serta komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk melaksanakan pelbagai program demi kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata, agihan itu adalah berdasarkan prinsip agihan keadilan yang memberi dan menyampaikan hak-hak kepada semua lapisan masyarakat dari seluruh pelosok negeri.

"Satu aspek yang patut juga disebut ialah Bajet 2013 memperuntukkan lebih 50 peratus daripada perbelanjaan pembangunan diagihkan secara langsung kepada program-program mensejahterakan serta menyelesakan kehidupan rakyat," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment