My Add

Tuesday 25 December 2012

Balak: Karpal Singh terlepas pandang

IPOH, ISNIN, 24 DisEMBER, 2012: Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham mempertahankan penglibatannya dalam syarikat Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. yang mendapat projek pembalakan di Kelantan walaupun Pengerusi parti itu, Karpal Singh menganggap ia sesuatu yang serius.
Koo Ham menegaskan, cadangan supaya beliau dipanggil memberi penjelasan kepada CEC juga tidak sepatutnya timbul memandangkan isu berkenaan sudah dijelaskan kepada jawatankuasa tersebut melalui e-mel dua hari lalu.

E-mel itu katanya, turut dihantar kepada semua ahli CEC termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Karpal sendiri.

"Karpal terlepas pandang kerana saya telah memberi penjelasan mengenai perkara itu melalui e-mel kepada seluruh ahli CEC termasuk beliau dua hari lalu. Mungkin beliau membuat kenyataan media (semalam) kerana belum membaca penjelasan tersebut," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment