My Add

Tuesday 25 December 2012

Balak: Kedah diarah henti

Oleh MOHD. ASRON MUSTAPHA

KUALA LUMPUR, ISNIN, 24 Disember, 2012: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mengarahkan semua aktiviti pembangunan dan pembalakan di Gunung Inas serta Pedu di Kedah yang dipersoalkan banyak pihak dihentikan serta-merta.

Menterinya, Datuk Seri Douglas Uggah Embas (gambar berkata, pihaknya telah memaklumkan arahan itu kepada Jabatan Perhutanan Kedah untuk dikuatkuasakan dan menyampaikannya kepada Kerajaan Pas Kedah.

“Semua aktiviti penebangan hutan di kawasan Gunung Inas dan Pedu telah diarah dihentikan serta-merta sehingga laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) yang baharu siap. Ketika ini siasatan terperinci sedang dilakukan.

“Berdasarkan siasatan awal memang terdapat kawasan tadahan air dibalak dan digondolkan tetapi sebarang tindakan selepas ini berpandu kepada hasil siasatan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. UTUSAN 

No comments:

Post a Comment