My Add

Tuesday 25 December 2012

Banjir landa Indonesia, Britain

 *DUA penduduk menggunakan pelampung di sebatang jalan yang dilanda banjir di 
Jakarta semalam.

JAKARTA, ISNIN, 24 Disember, 2012: Banjir melanda bandar raya ini semalam dengan air naik setinggi 2.5 meter di beberapa kawasan, lapor akhbar Jakarta Post semalam.

Antara kawasan yang dinaiki air akibat hujan lebat itu ialah Kampung Pulo dan Kampung Melayu di Jakarta Timur.

Menurut beberapa penduduk, banjir tersebut berlaku dipercayai akibat hujan lebat di Bogor, Jawa Barat.

Beberapa jalan raya turut dilanda banjir manakala sejumlah rumah ditenggelami air di Pos Pengumben, Kebon Jeruk.

Menurut seorang penduduk di kawasan tersebut, Sri Rejeki, dia tidak menyangka banjir akan berlaku.

"Pada pukul 2 pagi, paras air naik setinggi para paha," katanya.

Menurut polis, paras air di beberapa kawasan naik setinggi 15 hingga 50 sentimeter.

Kawasan lain yang turut dilanda banjir ialah di Ciracas, Jakarta Timur.

Kawasan Bukit Duri di Jakarta Selatan juga dinaiki air.

Beberapa kawasan di Bandung, Jawa Barat tidak terkecuali daripada dilanda banjir.

Sementara itu, di Britain, hujan lebat menyebabkan beberapa kawasan dilanda banjir menjelang sambutan Krismas.

Banjir itu menyebabkan rel kereta api dan jalan raya ditenggelami air sekali gus menjejaskan perjalanan penduduk.

Penduduk di Braunton, selatan England mendapati kampung mereka ditenggelami air ekoran paras Sungai Caen meningkat.

Di Kampung Umberleigh berdekatan Braunton, seorang wanita diselamatkan oleh anggota-anggota penyelamat selepas dia berpaut pada dahan sebatang pokok selama hampir sejam.

Agensi Alam Sekitar mengeluarkan 150 amaran banjir kelmarin, kebanyakannya di barat daya dan tengah England. - Agensi

No comments:

Post a Comment