My Add

Saturday 8 December 2012

Bayi mati disyaki didera

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 07 Disember, 2012: Seorang bayi perempuan berusia setahun sebulan mati dipercayai didera semasa tinggal bersama pengasuhnya di Hiliran Ampang Pudu, Cheras di sini semalam.

Bayi malang itu, Nur Kalisa Jamaluddin dikejarkan oleh ibunya ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 3 petang kelmarin setelah dihubungi pengasuhnya memaklumkan anaknya sukar bernafas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, tiba di HKL, bayi tersebut terus dimasukkan ke wad pediatrik kerana berada dalam keadaan kritikal.

"Ujian imbasan yang dijalankan mendapati kepala bayi itu mempunyai pendarahan manakala dahinya pula ada kesan lebam.

"Bayi tersebut bertarung nyawa hampir 26 jam sebelum disahkan meninggal dunia pada pukul 4.55 petang semalam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment