My Add

Thursday 13 December 2012

Bekas kerani kecewa dituduh bawa dadah

KUALA LUMPUR, RABU, 12 Disember, 2012: Seorang wanita mendakwa dia dimalukan pihak berkuasa Australia di Lapangan Terbang Sydney kerana diperiksa secara 'kasar' selepas disyaki membawa masuk dadah ke negara itu pada 12 November lalu.

Lily Wong, 50, yang merupakan bekas kerani di sebuah syarikat swasta mendakwa, dia sepatutnya bercuti sehingga 28 Januari tahun depan untuk melawat rakannya di negara itu namun terpaksa pulang lebih awal berikutan insiden tersebut.

"Saya tidak menyangka perkara sebegini akan berlaku. Kali pertama datang ke Australia pada 14 hingga 28 Oktober lalu, saya tidak berdepan sebarang masalah," katanya dalam sidang akhbar di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA di sini hari ini.

Wong mendakwa, sebaik sahaja tiba di lapangan terbang itu, dia ditahan beberapa orang pegawai imigresen yang kemudian menjalankan imbasan dan memeriksa begnya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment