My Add

Wednesday 19 December 2012

Bekas pengikut Pas dedah akad nikah dua kali

 *TANAH perkuburan Islam yang selama ini dikhususkan bagi mengebumika
 penyokong Pas di Kampung Apal, Besut, Terengganu. - UTUSAN/
AZLAN BAHRUM

BESUT, SELASA, 18 DisEMBER, 2012: Akibat terpengaruh dengan Amanat Haji Hadi, seorang bekas pengikut Pas hari ini mendedahkan bagaimana dia sanggup melakukan akad nikah dua kali bagi memastikan perkahwinannya sah.

Menurut Abdul Rahman Jusoh, 57, keadaan itu berlaku apabila dia yakin perkahwinannya tidak sah apabila urusan itu dikendalikan oleh jurunikah lantikan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang digambarkan kafir oleh kepimpinan Pas.

Berikutan itu, dua malam selepas pernikahan pertama, dia yang ketika itu berusia lingkungan 20-an dinikahkan semula oleh seorang imam di Kampung Apal, di sini.

Mewarisi pendirian keluarganya menyokong Pas, Abdul Rahman mengikut secara membuta-tuli setiap ucapan pemimpin Pas di pentas-pentas ceramah yang dianggapnya sebagai suatu tazkirah para ulama. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment