My Add

Tuesday 11 December 2012

Beri laluan kepada yang belum pernah tunaikan haji: Jamil Khir

 KUANTAN, ISNIN, 10 Disember, 2012: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom meminta umat Islam di negara ini yang pernah mengerjakan haji supaya memberi laluan kepada yang belum dan berada dalam senarai menunggu.

Ini kerana katanya, terdapat kira-kira sejuta rakyat Malaysia sedang menunggu untuk menunaikan ibadah itu sekarang sedangkan kuota negara ini hanya 28,000 bagi setiap musim.

Daripada jumlah itu, kira-kira 14,000 adalah mereka yang berusia 75 tahun ke atas, katanya.

"Kewajipan kita sebagai umat Islam hanya sekali melakukan ibadah haji kerana jika dilakukan lebih daripada itu ia menjadi sunat, sebaik-baiknya berilah laluan kepada mereka yang lebih layak," katanya ketika berucap pada Program Multaqa Guru Takmir, Guru Kafa dan Imam peringkat negeri Pahang, di sini, hari ini.

Program itu dirasmikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Othman Mustapha dan Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Mohd Ghazali Abd Aziz.

Jamil Khir berkata, ketika ini terdapat 7.9 juta pendeposit Tabung Haji dengan dana terkumpul RM34.9 bilion. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment