My Add

Wednesday 12 December 2012

Bicara tuduhan rogol terhadap anggota polis ditetap 25 dan 26 Feb 2013

BUTTERWORTH, RABU, 12 Disember, 2012: Mahkamah Sesyen hari ini menetapkan 25 dan 26 Februari 2013 untuk perbicaraan tiga anggota polis yang dituduh merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii ke atas seorang wanita warga Indonesia di Berek Balai Polis Perai pada 9 November lepas.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi menetapkan tarikh itu kerana kes berkenaan mempunyai kepentingan awam dan perlu diselesaikan segera.

Meor Sulaiman juga membenarkan perbicaraan ketiga-tiga tertuduh didengar sekali di mahkamah yang sama.

Konstabel Remy Anak Dana, 25, Kpl Nik Sin Mat Lazim, 33, dan Konstabel Syahiran Romli, 21, didakwa merogol wanita Indonesia berumur 25 tahun itu di Bilik 4, Berek Balai Polis Perai di sini antara 6.40 pagi hingga 7.30 pagi pada 9 Nov lepas.

Ketiga-tiga mereka juga didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita itu pada tarikh, waktu dan tempat yang sama. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment