My Add

Sunday 16 December 2012

BN bawa banyak perubahan, kemajuan kepada rakyat Sabah: Musa Aman

SANDAKAN, AHAD, 16 Disember, 2012: Selaras dengan ikrar Janji Ditepati, tiada siapa boleh menafikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membawa banyak perubahan dan kemajuan kepada rakyat dan negeri Sabah, kata Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata, jika diimbas kembali, ketika mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berjanji untuk turun padang dan melakukan tinjauan mesra untuk merasai denyutan nadi rakyat.

Katanya, ia dibuktikan apabila Perdana Menteri memperjuangkan banyak agenda penting untuk kesejahteraan rakyat.

"Pemimpin BN turun padang bukan dengan tangan kosong, bukan hanya berucap
dan berceramah, tetapi merasai denyut nadi rakyat, tepati janji, prihatin
terhadap masalah rakyat dan memastikan masa depan rakyat terjamin.

"Pelbagai inisiatif dan bantuan untuk membantu meringankan beban rakyat dilaksanakan, antaranya dalam Belanjawan 2013 ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia
(BR1M) 2.0, Kedai Rakyat 1Malaysia, bantuan persekolahan, baucar buku dan banyak lagi," katanya pada Majlis Bersama Rakyat Parlimen Batu Sapi dan upacara pecah tanah projek Masjid Lupak Meluas berharga RM5 juta yang disempurnakan oleh Najib di sini, hari ini.

Katanya, tidak seperti pemimpin pembangkang yang hanya kerap datang ke Sabah
setiap kali menjelang pilihan raya dan selepas itu hilang entah ke mana.'

"Mereka bercakap pelbagai janji manis semata-mata menyedapkan hati dan menipu rakyat.

"Inilah cara politik parti pembangkang. Ternyata tujuan mereka berpolitik
bukanlah untuk berkhidmat kepada rakyat, tetapi semata-mata untuk mencapai
agenda peribadi, dan yang lebih teruk lagi memecahbelahkan perpaduan rakyat,"
katanya.

Musa berkata, pemimpin pembangkang hanya pandai mengkritik, menabur fitnah,
retorik serta gimik politik sepanjang masa. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment