My Add

Tuesday 18 December 2012

BN kutuk rancangan kerajaan PKR

SHAH ALAM, ISNIN, 17 Disember, 2012: Barisan Nasional (BN) negeri menyelar sikap kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang didakwa menzalimi rakyat kerana mahu menaikkan bayaran lesen terhadap 90 jenis perniagaan di bawah Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mulai tahun depan.

Koordinatornya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, dakwaan tersebut merupakan antara maklumat dan aduan rakyat yang diperoleh melalui Pusat Khidmat Rakyat (Pakar) yang dikendalikan BN negeri.

Paling mendukacitakan kata beliau, selain premis perniagaan, kerajaan negeri juga dijangka mengenakan bayaran lesen kepada premis-premis rumah kebajikan melibatkan orang tua, orang kurang upaya (OKU) termasuk pusat jagaan kanak-kanak persendirian.

Menurutnya, ketika pentadbiran Selangor di bawah BN, kadar bayaran lesen kepada peniaga tidak dinaikkan manakala premis-premis kebajikan seperti orang tua, OKU dan pusat penjagaan kanak-kanak tidak dikenakan sebarang bayaran. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment