My Add

Sunday 16 December 2012

BN, pembangkang jauh berbeza - Najib

KUALA KANGSAR, SABTU, 15 Disember, 2012: Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan, Barisan Nasional (BN) yang mempunyai rekod kejayaan dalam membawa kemakmuran kepada rakyat selama ini tidak boleh disamakan dengan pembangkang yang hanya membawa kerosakan kepada negara.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya tidak terpengaruh dengan andaian kononnya apa jua usaha kerajaan BN dalam membela nasib rakyat dan memakmurkan negara selama ini juga boleh dilakukan oleh pakatan pembangkang jika mereka memerintah.

''Tidak semua kerajaan sama, itu adalah sesuatu yang mustahil. Ada yang kata kalau pilih siapa (kerajaan) pun, semua (kejayaan negara) itu akan berlaku. Ini bukan hakikat atau realiti yang sebenarnya.

''Hakikatnya, kejayaan kita selama ini adalah kerana kita (BN) berjaya urus negara dengan baik. Ini dapat dilakukan kerana adanya keamanan dan kestabilan yang wujud dalam negara," katanya ketika berucap merasmikan Program Pengiktirafan Veteran 1Malaysia (1MRVP) di sini hari ini.

Najib berkata, sejarah membuktikan bagaimana kerajaan BN mewujudkan pentadbiran yang cekap dan stabil, selain menunaikan segala janji-janjinya supaya rakyat terus mengecapi keamanan dan kestabilan.

Beliau menarik perhatian keadaan di sesetengah negara maju yang bergelut dengan krisis ekonomi sehingga membawa kesengsaraan kepada rakyatnya, tetapi keadaan itu tidak berlaku di Malaysia.

''Malah, di sesetengah negara maju di Eropah, peruntukan perbelanjaan gaji pun mereka terpaksa potong. Tetapi di Malaysia, kita boleh tambah gaji, kita boleh tambah pencen dan kita boleh tambah bonus," katanya.

Menurut Perdana Menteri, berbeza dengan pendekatan berhemah BN untuk membawa keamanan dan kestabilan, pakatan pembangkang sebaliknya cenderung mencetuskan rusuhan serta huru-hara yang hanya merugikan rakyat dan negara.

''(Pakatan) pembangkang juga tidak sealiran, pemikiran mereka kucar-kacir dan mempunyai ideologi yang tidak sama. (Komponen) BN ada dalam satu pasukan, ada kepimpinan yang satu dan ada agenda transformasi untuk rakyat," tegas beliau. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment