My Add

Wednesday 12 December 2012

Bomoh tipu mangsa RM12.4 juta

Oleh ANGELINA SINYANG

KUALA LUMPUR, SELASA, 11 Disember, 2012: Walaupun negara semakin maju dan teknologi berkembang pesat, namun ramai rakyat Malaysia termasuk artis dan orang kenamaan (VIP) masih terlalu mempercayai bomoh sehingga mengalami kerugian wang ringgit dan menjadi mangsa jenayah.

Lebih membimbangkan, statistik terbaharu dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan jumlah kerugian yang dialami mangsa penipuan bomoh antara Januari hingga Oktober lalu di seluruh negara, meningkat 63.4 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Dalam tempoh 10 bulan pertama tahun lalu, sebanyak RM7,647,678.07 kerugian akibat penipuan bomoh dilaporkan dan jumlah itu meningkat kepada RM12,494,665.27 iaitu pertambahan RM4,846,987.20 atau 63.4 peratus pada tahun ini.

Seramai 234 orang dilaporkan menjadi mangsa penipuan bomoh dalam tempoh tersebut iaitu peningkatan 9.5 peratus berbanding 222 orang sebelum itu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment