My Add

Thursday 20 December 2012

Bot pendatang Indonesia karam, 10 maut

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 20 Disember, 2012: Pihak berkuasa Malaysia menemui 10 mayat pendatang Indonesia yang lemas selepas bot mereka karam di luar pesisir pantai selatan Malaysia.

Seorang pegawai polis marin berkata, bot itu dipercayai menuju ke Pulau Batam, Indonesia apabila ia tenggelam ketika cuaca buruk.

Pegawai tempatan berkata, mangsa lemas itu adalah lima wanita dan lima lelaki termasuk seorang wanita hamil.

Katanya, bot itu dipercayai karam Isnin lalu berdasarkan keadaan mayat yang tidak terlalu teruk.

"Kemungkinan masih ramai lagi mangsa bot karam kerana terdapat lampin pakai buang dan pakaian ditemui di tepi pantai. Operasi mencari dan menyelamat kini sedang giat dijalankan," katanya. - AP

No comments:

Post a Comment