My Add

Tuesday 11 December 2012

Bukan semua IPTS boleh tawar pengajian jarak jauh

KUALA LUMPUR, ISNIN, 10 Disember, 2012: Kementerian Pengajian Tinggi hanya membenarkan enam institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) menawarkan program pengajian jarak jauh bagi tempoh sehingga 31 Oktober lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, universiti itu adalah Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Universiti Terbuka Wawasan, Universiti Tun Abdul Razak, Universiti Terbuka Malaysia, Asia e-Universiti dan Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa.

Menurut beliau, kementerian perlu meluluskan program pengajian jarak jauh dengan berhati-hati bagi memastikan penawarannya menepati kualiti yang diharapkan.

"Bagi memastikan kawalan kualiti IPTS termasuk dalam aspek kurikulum dan pengajian jarak jauh, kementerian sentiasa melaksanakan penyeliaan dan pemantauan secara berkala ke atas IPTS dari semasa ke semasa,'' katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr. Johari Mat berhubung pemantauan kementerian itu terhadap program pengajian jarak jauh yang ditawarkan institusi pengajian tinggi (IPT).

Menurut Saifuddin, Jawatankuasa Pendidikan Tinggi telah diwujudkan bagi melulus dan memantau program pengajian yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk untuk program pengajian jarak jauh.

Tambah beliau, Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) juga telah membangunkan kod amalan pembelajaran jarak jauh dan terbuka (ODL) untuk membantu IPT memastikan kualiti program pengajian jarak jauh setanding dengan program yang dilaksanakan secara konvensional. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment