My Add

Friday 21 December 2012

Cadangan semua calon PRU-13 ditapis SPRM

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 20 Disember, 2012: Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah (PPPR) hari ini mengemukakan cadangan supaya semua parti yang akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) menghantar senarai nama calon kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk ditapis.

Cadangan itu dibuat bagi memastikan setiap calon bebas daripada penyalahgunaan kuasa selain memastikan tiada tuduhan tidak berasas terhadap individu atau parti diwakilinya.

Pengerusi PPPR, Datuk Johan Jaaffar memberitahu, cadangan itu juga dibuat berdasarkan kepada semangat ditunjukkan oleh semua parti yang menyatakan usaha mereka untuk memerangi gejala rasuah.

"Untuk itu, pihak kami memerlukan sokongan daripada semua parti yang bertanding untuk mengetengahkan senarai nama calon-calon mereka untuk ditapis," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment