My Add

Thursday 13 December 2012

Chavez berehat selepas pembedahan kanser di Cuba

CARACAS, KHAMIS, 13 Disember, 2012: Presiden Venezuela, Hugo Chavez sedang berehat di Hospital Cuba selepas menjalani pembedahan selama enam jam untuk mengubati penyakit kanser yang dialaminya.

Naib Presiden, Nicolas Maduro berkata, pembedahan itu berjalan "dengan baik".

Chavez kini perlu berehat selama beberapa hari.

Presiden berusia 58 tahun itu diterbangkan ke Havana untuk menjalani pembedahan Isnin lalu selepas memberitahu penyakit kansernya muncul semula selepas mendapat mandat baru selama enam tahun bermula 10 Januari depan hasil kemenangan pada pilihan raya baru-baru ini. - AFP

No comments:

Post a Comment