My Add

Friday 7 December 2012

Cho Ha selar Ronnie Liu

Oleh THOMAS CHONG
  Cho Ha, Ronnie Liu
PUTRAJAYA, KHAMIS, 06 Disember, 2012: Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha menyelar Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu atas rancangannya untuk mencabut atau menutup kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di Selangor.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai publisiti murahan, Cho Ha turut mempersoalkan keprihatinan Ronnie terhadap mangsa-mangsa kemalangan jalan raya di Selangor.

“Pernahkah Ronnie menunjukkan rasa simpati dan keprihatinan terhadap mangsa kemalangan jalan raya? Pada tahun lalu sahaja, seramai 1,070 orang terkorban dalam kemalangan jalan raya di Selangor.

“Antara mangsa kemalangan itu merupakan pencari nafkah dalam keluarga. Sebagai kerajaan yang prihatin, kerajaan negeri Selangor perlu prihatin tentang nasib mereka," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment