My Add

Monday 10 December 2012

CPI terus turun mampu tingkat pelaburan asing

IPOH, AHAD, 09 Disember, 2012: Kedudukan Malaysia yang meningkat ke tangga 54 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) berbanding tangga ke-60 tahun lalu dilihat mampu meningkatkan kadar pelaburan asing dalam negara.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, perkembangan itu adalah kesan transformasi pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali gus meningkatkan imej negara dalam kalangan pelabur asing.

"Sekarang ini, dunia telah dapat melihat kesan perubahan daripada pentadbiran Perdana Menteri. Dengan imej ini, kita percaya pelaburan dalam negara juga akan bertambah.

"Sehubungan itu, bagi mengekalkan keadaan ini, kita dalam proses memastikan CPI Malaysia terus menurun bagi membolehkan negara dikenali sebagai sebuah kerajaan yang berintegriti tinggi dalam konteks pembangunan, ekonomi dan ketamadunan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada 74 mangsa ribut di beberapa taman perumahan di Taman Meru dalam majlis di Dewan Serbaguna Taman Meru, dekat sini hari ini.

Transparensi Antarabangsa Malaysia (Ti-M) baru-baru ini mengumumkan kedudukan Malaysia meningkat ke tangga 54 dalam CPI tahun ini berbanding pada kedudukan 60, tahun lalu. - UTUSAN

Menerusi indeks tersebut, negara meraih 49 daripada 100 mata dalam kajian yang mengukur tahap rasuah dalam sektor awam daripada 176 negara.

No comments:

Post a Comment