My Add

Tuesday 11 December 2012

Cuaca sejuk landa utara Thailand

BANGKOK, SELASA, 11 Disember, 2012: Cuaca sejuk dan berkabus melanda sebahagian utara Thailand, lapor agensi berita Thai News (TNA), semalam.

TNA yang memetik kenyataan Stesen Pertanian Diraja Ang Kang melaporkan, suhu serendah satu darjah Celsius dicatatkan di kebanyakan puncak gunung di utara negara ini.

Suhu rendah itu merupakan tahap paling sejuk pernah direkodkan dalam tahun ini.

Kabus tebal turut dilaporkan di beberapa bahagian daerah Pai di wilayah Mae Hong Son. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment