My Add

Tuesday 18 December 2012

Dadah eramin 5 bernilai RM5.97j dirampas

Oleh RAIS YEOP JOHARI

*LIAH (kanan) menunjukkan dadah eramin 5 yang dirampas pada sidang akhbar di pejabat JKDM di Nilai semalam.

NILAI, ISNIN, 17 Disember, 2012: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya merampas dadah jenis eramin 5 bernilai RM5.97 juta selepas mengekori seorang lelaki sejauh 300 kilometer bermula dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang sehingga ke Yong Peng, Johor pada Khamis minggu lalu.

Dadah yang diisytiharkan sebagai sarung tangan getah untuk kegunaan perubatan ditemui dalam enam buah kotak yang dibuang ke dalam kawasan ladang kelapa sawit di kawasan Yong Peng.

Timbalan Pengarah JKDM Cawangan Narkotik, Liah Omar berkata, bertindak atas maklumat awam, JKDM melancarkan operasi di kargo KLIA selepas dimaklumkan tentang ketibaan enam kotak dagangan dari Taiwan yang mencurigakan.

“Sebaik enam kotak tersebut tiba di kargo pada pukul 7 pagi Khamis lalu, seorang penerima menuntut barangan itu dan ia dibawa menaiki sebuah van yang kemudian diekori oleh sepasukan pegawai kastam,” kata beliau pada sidang akhbar di sini. - KOSMO

No comments:

Post a Comment