My Add

Friday 21 December 2012

Dadah: MSN gantung tugas Ishtiaq Mubarak

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 20 Disember, 2012: Majlis Sukan Negara (MSN) mengambil tindakan drastik menggantung sementara tugas Ishtiaq Mubarak selaku jurulatih atlet pelapis olahraga kebangsaan, berkuat kuasa hari ini selepas beliau mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah.

Ketua Pengarah MSN Datuk Seri Zolkples Embong berkata pihaknya akan mengeluarkan surat penggantungan kepada bekas pelari 110 meter lompat berpagar kebangsaan itu dalam tempoh terdekat bagi memastikan imej sukan negara tidak tercemar dengan isu dadah.

"Saya terkejut dan dukacita apabila mengetahui perkara ini kerana beliau merupakan satu nama besar dalam sukan olahraga tanah air.

"Beliau telah berkhidmat dengan MSN sejak Januari 2002 dan selama ini, beliau tidak pernah menimbulkan masalah, sebaliknya menjalankan tugas dengan baik," kata Zolkples ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Ishtiaq atau nama sebenarnya Ishtiaq Ahmad Mubarak Ahmad, 64, yang pernah mengharumkan sukan olahraga negara pada era 70-an, mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki dadah di Mahkamah Majistret di Langkawi, semalam. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment