My Add

Saturday 22 December 2012

Dadah: Sub kontraktor dihukum gantung

*RAVICHANDRAN dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi, Ipoh, Perak, semalam. - UTUSAN/Roy Azis Abd. Aziz

IPOH, JUMAAT, 21 Disember, 2012: Seorang sub kontraktor dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis heroin dan monoacetylmorphines seberat 220.1 gram, dua tahun lalu.

Hakim Datuk Zainal Adzam Abd. Ghani menjatuhkan hukuman itu ke atas Ravichandran @ Xu Zhi Wei, 43, setelah mendapati pembelaan tertuduh gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah selain bersifat penafian semata-mata.

Terdahulu, Hakim Zainal Adzam dalam keputusannya berkata, mahkamah tidak dapat menerima keterangan tertuduh yang menggunakan alibi dengan mendakwa, dia kononnya tidak mengetahui urusan pembelian dadah pada 23 November 2009 kerana berada bersama keluarganya di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment