My Add

Monday 10 December 2012

Dakwaan 300,000 India tanpa dokumen tiada asas

PUTRAJAYA,  ISNIN, 10 Disember, 2012: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyifatkan dakwaan terdapat 300,000 kaum India tiada dokumen pengenalan diri atau tidak menjadi warganegara Malaysia bermotif politik.

Katanya dakwaan itu bertujuan meniup perasaan benci terhadap Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-13, selain cuba mencetuskan konflik kerana hanya membabitkan satu kaum.

"Mengapa dibawa sekarang, mengapa jumlah itu dibesarkan sehingga 300,000, ia merupakan jumlah yang tidak ada asas langsung," katanya kepada pemberita selepas sesi Perjumpaan Menteri Bersama Peserta Kursus Outreach Top 5 Bagi Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional KDN, di sini hari ini.

Katanya tindakan segelintir pemimpin pembangkang untuk berdemonstrasi di hadapan Jabatan Pendaftaran Negara pada Rabu ini juga menunjukkan mereka tidak ikhlas dalam usaha kononnya untuk menyelesaikan isu tersebut.

"...kalau betul 300,000 beri kepada kita, kita uruskan. Nak berdemonstrasi dan berkisar pada perkauman di mana satu kaum sahaja, saya tengok ada matlamat-matlamat tertentu," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment